Memandangkan aktiviti harian dicemburui waktu, buat semetara waktu ini sahaja lokasi ter-strategik dan paling senang untuk mendirikan antenna J-Pole / Slim Jim buatan sendiri ini.
Kedudukan ini dikhuatiri akan menggangu keupayaan Pancaran dan Penerimaan Tx/Rx dimana kadar SWR yang sudah ditala kepada 1.1 pada 145.000 - 148.000 akan terganggu kerana jaraknya yang terlalu dekat dengan pagar anjung yang diperbuat dari besi. SWR yang tinggi akan membuatkan radas cepat panas.
Jika berkelapangan ianya akan dipindahkan ke 'roof top' kelak.
Tulis komen anda..
Post a Comment