menu tepi terapung

Share

SeLection

user online dan searchBox

Pinned_Board

Scheduled Watch ] Ai - Jamaludin al-Afgani ]
Wiken Act ] Radas Online Shop ]
 **  
codersTaLk -  ]  sLr exercise ]  dreba printer ]  sLr intRoduction ]
apogee - - ]  HardWare-secRets ]  60D ]
uenSticker ]  SDAdeveloper - S PLus ]  icodedViruses ]

Showing posts with label automotif. Show all posts
Showing posts with label automotif. Show all posts

Monday, 27 October 2014

Perodua Myvi Bumper Swap (facelift conversion)

Pencarian bumper model ini telah bermula seawal tahun lepas. Oleh kerana harga untuk sebuah 1 unit bumper original bodi  beserta fog lamp KoiTTo sangat2 tidak menepati budget, ditambah pula dengan susah untuk bertemu dengan warna asal perodua ini iaitu Ivory White.

Penantian berakhir jugak, ade rezeki budak nak juaL murah2 dengan kondisi cemerlang walaupun tidak superB. hehe..  Jadi nya baki cuti hari Ahad digunakan untuk memasang bumper myVi SE II nih pada my model tahun 2010.

Rajah dibawah menunjukkan point-point dimana clip clip dan bolt bumper  perlu dibuka sebelom boleh kita memisahkan bumper dari frame hadapan.

* Clip - clip plastik bumper boleh dicungkil dengan menggunakan pemutar skru leper bersaiz kecil.
* Bolt size 10 - (Fog lamp perlu ditanggalkan terlebih dahulu) dan perlu menggunakan spanar T atau richet kerana kedudukan nya yang kedalam (di belakang foglamp.)
* Socket fogLamp kiri dan kanan - Pastikan ditanggalkan terlebih dahulu sebelum menarik keluar bumper dari frame hadapan.

(sila klik pada gambar untuk pembesaran)

Bumper yang telah dibuka 


Pasang bumper baru SE II tadi, mulakan dengan mengunci clip2 dibahagian frame atas terlebih dahulu untuk mengelakkan ia jatuh





Saturday, 4 October 2014

Toyota USB Port Charger Installation


AssaLam..  Entry kaLi nih,,
Kita nak pasang port USB charger jenis yang boleh 'fit' di ruang panel suis tambahan pada dashboard console Toyota.
USB nih so far hanya dijual di 1 kedai sahaja di area Bukit Mertajam dengan bantuan info dari rakan mukaBuku.

Rekabentuk nya sememangnya dibuat supaya sepadan dengan mana2 lubang suis tambahan model toyota.
Penulis juga telah memasang unit yang sama di dashboard Myvi, dan ternyata ia sepadan.

Unit USB charger ini didatangkan dengan:
-  2 'port' beserta dengan LED indicator biru.
-  1 unit penyambung dengan Fius keselamatan.
Proses pemasangan dimulakan dengan membuka panel bawah seperti dalam gamba.
Cara nak buka:
i.   Buka dan pisahkan 'GloveBox' disebelah penumpang.
ii.  Hulurkan tangan dan cuba tolak pin-pin hingga panel longgar terkeluar sedikit.
iii. Bila dah nampak ruang ,boleh mula tarik panel tersebut dari depan perlahan-lahan.
iv. Pisahkan semua socket pada panel Cigar, Pemanas cermin, Socket kuasa tambahan (toyota hilux sahaja)
v.  Pilih mana-mana ruang kosong suis, dan tanggalkan penutupnya. kemudian pasangkan  USB charger, 
vi. Tolak perlahan lahan(panah Merah) hingga pin sesendal(panah kuning) nya melekat kemas dibahagian belakang panel.


Penulis mengambil sumber kuasa untuk unit USB ini dari pada 'Cigar'. Silarujuk gambarajah dibawah untuk penyambungan (Untuk pemilik Toyota Hilux)

Apabila semua sambungan selesai, terlebih dahulu menguji unit USB tersebut sebelum memasang kembali panel suis tersebut. Apabila kunci dipusing kepada ACC dan indicator biru menyala, bermakna sambungan anda telah sempurna dan betul.
kemudian pasangkan kembali panel ke tempat asalnya.

Untuk mereka yang nak teringin untuk DIY, selamat mencuba..
Sekiang..



















Thursday, 2 October 2014

Reverse Lamp relocation (Part 2)


Sambungan dari Part 1..
Kini diteruskan dengan proses meminda sistem sambungan metol nyalaan lampu undur (reverse lamp) yang telah siap dipasang pada bumper beberapa minggu yang lepas.

Penulis juga bercadang untuk menggunakan lampu undur yang asal sebagai lampu blakang, (tail light). Menjadikan mula asal hanya 2lampu kepada 4lampu.
i. Proses dimulakan dengan peleraian lampu sebelah kiri terlebih dahulu.


12v  reverse dipotong dan (merah stripe biru ,dari socket) dibalut dengan penebat shrink wrap. 
12v  reverse dipotong dan (merah stripe biru, dari bulb) dikacuk kepada 12v tail gate(hijau).


Proses utk sebelah kanan dimulakan,
Kali ini 12v reverse akan di sambung dan route ke lampu reverse yang baru terletak di bumper.





Pandangan sebelah dalam bumper..
Wayar tambahan Coklat putih - Ground
Wayar tambahan Biru putih - 12v Reverse


Nyalaan Lampu tail gate.



                                                          Nyalaan lampu reverse..


Keadaan nyalaan diwaktu malam.

Sunday, 14 September 2014

Toyota hilux Reverse Lamp relocation



Entry kali ini, berkongsi tentang pemasangan reverse lamp custom pada bumper toyota hilux. Pada awal rancangan penulis hanya ingin menambah sebiji 'Fog Lamp' pada sebelah kanan bumper hilux. Tetapi menukar fikiran disaat akhir kerana menerima item (fog lamp) bukan berwarna merah tetapi putih!.
Kebetulan pula, penulis tidak bercadang utk mengetuk bahagian yang kemek pada bumper sebalik nya terus hasilkan tapak untuk sesuaikan kedudukan lampu fog yang baru itu.

Oleh kerana lampu fog ini akan dimuatkan pada bumper yang material nya bukan dari unsur plastik atau ABS, maka penulis telah meminta khidmat seorang kenalan yang pakar dalam pemotongan untuk hasilkan tapak utk foglamp tersebut.


Engineer kita sedang mengambil ukuran, saiz dan kedudukan. hehe..



Tandaan dibuat dengan menggunakan masking tape


Pemotongan dimulakan..

Potong Lagi..

kedudukan foglamp/ lampu reverse yang telah siap dipasang..

Boleh tengok proses sambungan  reverse lamp relocation ini di Part 2


Monday, 2 June 2014

MembaLut Arm Rest Toyota

Sesi DIY kali ini..
Proses membalut arm rest toyota. Kerana material secara asal nya arm rest ini diperbuat daripada plastik ABS, licin dan keras. Oleh kerana kurang selesa meletakkan siku ketika pemanduan maka ianya terpaksa lah dibalut dengan material fabrik tertentu untuk mendapatkan sedikit keselesaan.

Buka bahagian atas arm rest dari konsol tengah dan pisahkan kepada 2bahagian seperti gambar diatas.
4 skru di setiap penjuru dan 2 skru klip penutup arm rest.
 Bahan yang diperlukan:
         - kain balut seat atau apa saja kain yang difikirkan sesuai dan kene dengan citarasa.
         - Gam dunlop
         - Gunting fabrik
         - Pemutar skru
rupa bentuk bahagian atas balutan yang hampir siap.

bahagian dalam..

keadaan setelah siap dipasangkan kembali..
Kaedah atau cara balutan tidak terhad, terpulang kepada kemahiran masing masing. Untuk arm rest ini saya hanya gam bahagian tepi dalam arm rest untuk mendapatkan regangan fabrik. Seterusnya hanya menggunakan teknik tindih untuk mengemaskan sisi hujung fabrik kedalam arm rest menggunakan layer dalamnya sebagai medium.

Selamat mencuba..

Wednesday, 3 July 2013

RJ58 fitting dan Tapak Mobile antenna

Aktiviti pada hujung minggu lepas.
Kali ini pemasangan tapak mobile antenna dan cable RJ58 pada sebuah MPV.
Owner request pasang kat belakang
Kedudukan tapak dari luar bonet


Seterusnya fitting dan routing cable RJ58.

Saya memilih untuk tidak melakukan sebarang proses menebuk atau men 'cedera`kan mana mana bahagian kereta kerana sayang kereta baru. Walaupun owner tidak kisah untuk dilakukan sekiranya memang perlu. Sedikit masa saya ambil untuk dapatkan idea.
dis mental tail light 
routing..
turun ker taillight housing..  pusing kedudukan cable entry kebawah..
Pada bonet kedudukan bawah spoiler terdapt suatu kepingan plastik yang saya sendiri tidak pasti kegunaan nya. Tetapi terdapat ruang yang membolehkan cable terselit kemas disitu seterusnya turun ke tail light housing sebelah kanan.

Getah penutup wayar lampu juga tidak dipotong, hanya dibuka untuk laluan RJ58 kemudian ditutup kembali. RJ58 hendaklah dipusing kebawah entry nya untuk mengelakkan lelehan air hujan masuk ke ruang chasis.


Setelah RJ58 berjaya di route ke dalam ruangan bonet, pasang kembali tail light ke tempat asalnya dan pastikan tiada wayar yg tersepit antara lampu dan chasis. Rounting dan fitting RJ58 boleh mengikut kretiviti masing masing mengikut panjang cable anda dan juga keadaan interior kereta anda. Selamat mencuba.

Monday, 20 May 2013

Additional Lock - ThuLock


Proses pemasangan kunci tambahan untuk tingkatkan keselamatan kereta.
Kondisi barang 9/10, dapat pun dengan harga berpatutan, jauh lebih murah nak dibandingkan dengan unit baru.






Pemasangan nya tidaklah begitu mudah, kerana unit utama kunci ini perlu di pasang di bahagian batang steering dibawah dashBoard.


Keadaan dan kedudukkan setelah dipasang pada steering shaft. Sedikit comot kerana diseluruh shaft tersebut di saluti minyak gris untuk mengelakkan   karat.

Sticker hologram dan no siri kunci.

Thursday, 2 December 2010

Info : Kuala Lumpur InternationaL Moto Show 2010

ini ade info kepada peminat-peminat dunia permotoran macam mrGee nih. heheehe.. tapi tak pegi pun.
jadi kepada sesape yang minat.. ade macam2 event tuh..
bleh petik info penuh kat sini.. 

antara penaja-penaja nyer..










rGdz,

entRi2 seLektif....

frenz Blog updaTe