menu tepi terapung

Share

SeLection

user online dan searchBox

Pinned_Board

[ Scheduled Watch ] [ Ai - Jamaludin al-Afgani ]
[ Wiken Act ] [ Radas Online Shop ]
 **  
[ codersTaLk -  ]  [ sLr exercise ]  [ dreba printer ]  [ sLr intRoduction ]
[ apogee - - ]  [ HardWare-secRets ]  [ 60D ]
[ uenSticker ]  [ SDAdeveloper - S PLus ]  [ icodedViruses ]

Showing posts with label bumper. Show all posts
Showing posts with label bumper. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Reverse Lamp relocation (Part 2)


Sambungan dari Part 1..
Kini diteruskan dengan proses meminda sistem sambungan metol nyalaan lampu undur (reverse lamp) yang telah siap dipasang pada bumper beberapa minggu yang lepas.

Penulis juga bercadang untuk menggunakan lampu undur yang asal sebagai lampu blakang, (tail light). Menjadikan mula asal hanya 2lampu kepada 4lampu.
i. Proses dimulakan dengan peleraian lampu sebelah kiri terlebih dahulu.


12v  reverse dipotong dan (merah stripe biru ,dari socket) dibalut dengan penebat shrink wrap. 
12v  reverse dipotong dan (merah stripe biru, dari bulb) dikacuk kepada 12v tail gate(hijau).


Proses utk sebelah kanan dimulakan,
Kali ini 12v reverse akan di sambung dan route ke lampu reverse yang baru terletak di bumper.





Pandangan sebelah dalam bumper..
Wayar tambahan Coklat putih - Ground
Wayar tambahan Biru putih - 12v Reverse


Nyalaan Lampu tail gate.



                                                          Nyalaan lampu reverse..


Keadaan nyalaan diwaktu malam.

Sunday, 14 September 2014

Toyota hilux Reverse Lamp relocation



Entry kali ini, berkongsi tentang pemasangan reverse lamp custom pada bumper toyota hilux. Pada awal rancangan penulis hanya ingin menambah sebiji 'Fog Lamp' pada sebelah kanan bumper hilux. Tetapi menukar fikiran disaat akhir kerana menerima item (fog lamp) bukan berwarna merah tetapi putih!.
Kebetulan pula, penulis tidak bercadang utk mengetuk bahagian yang kemek pada bumper sebalik nya terus hasilkan tapak untuk sesuaikan kedudukan lampu fog yang baru itu.

Oleh kerana lampu fog ini akan dimuatkan pada bumper yang material nya bukan dari unsur plastik atau ABS, maka penulis telah meminta khidmat seorang kenalan yang pakar dalam pemotongan untuk hasilkan tapak utk foglamp tersebut.


Engineer kita sedang mengambil ukuran, saiz dan kedudukan. hehe..



Tandaan dibuat dengan menggunakan masking tape


Pemotongan dimulakan..

Potong Lagi..

kedudukan foglamp/ lampu reverse yang telah siap dipasang..

Boleh tengok proses sambungan  reverse lamp relocation ini di Part 2


Tuesday, 9 September 2014

DIY Edge Bumper (Poka yoke)

AssaLamuaLaikum, Entry kaLi nih..

just nak kongsikan cara nak tambah ketahanan punca sambungan kuasa yang selalu digunapakai di luar rumah/ (outdoor usage). Tapak atau sarang asal ini sudah perlu ditukar kerana dah terlalu lama berkhidmat, dan ade sesetengah bahagian nya sudah mula retak dan pecah.
Memandangkan saya kerap kali memerlukan punca kuasa ketika melakukan aktiviti diluar rumah, saya cuba fikirkan bagaimana untuk tambah baik alat ini sepaya lebih tahan lasak ketika diseret kesana kemari tanpa perlu risau akan rosak jika  terhantuk atau terhentak kuat.

Lazim nya untuk kegunaa luar, mestilah memerlukan wayar yang lebih kasar supaya tidak muda luka jika terkena sebarang objek ketika diseret diluar. Dan  saiz wayar ini juga bertujuan untuk pelindungan dari power surge.

Saya memilih tapak kaki/alas meja berukuran 30mmX30mm yang diperbuat daripada getah untuk dipadankan pada setiap bucu sambungan kuasa sebagai "bumper" ..hehe

Cara:
4pcs kaki getah meja tadi dipotong secara menyerong 45°. menjadi 8 bahagian (cukup untuk 8 penjuru sambungan kuasa.


Untuk melekatkan "bumper" getah tadi, anda boleh memilih mana2 pelekat yang difikirkan sesuai dan asalkan ia tidak mudah lekang.
Saya memilih untuk menggunakan skru bersaiz 5mm pada setiap penjuru. Ukuran yang selamat dan tidak akan tembus hingga menyebabkan kecederaan wayar didalan sarang sambungan kuasa.
Keadaan sambungan punca kuasa yang telah siap dipasangkan dengan ''bumper'' getah..
Tidak lah sehensem mana, tapi asalkan tahan lasak dan sesuai utk 'outdoor' power supply.
Sekiang..
ahGee,

..

entRi2 seLektif....

frenz Blog updaTe