menu tepi terapung

Share

SeLection

user online dan searchBox

Pinned_Board

Scheduled Watch ] Ai - Jamaludin al-Afgani ]
Wiken Act ] Radas Online Shop ]
 **  
codersTaLk -  ]  sLr exercise ]  dreba printer ]  sLr intRoduction ]
apogee - - ]  HardWare-secRets ]  60D ]
uenSticker ]  SDAdeveloper - S PLus ]  icodedViruses ]

Friday, 7 June 2013

Runtuh..

Sudah lama aku perhatikan dan beranggap..
Laluan aku balik dari kerja( flyOver Jambatan ke-2 penang) setiap hari ini,suatu masa pasti akan ada malapetaka. Harap tidak disalahertikan kerana Aku tetap percaya kepada ketentuanNya. Akan Tetapi, aku berminat

 untuk merenung, ANDAIKATA hari ini aku sedikit lambat beberepa minit clock-out dari office, dan 'timing' runtuhan kene pada ketika aku meluru masuk  dibawah 'fly-over' ini. Memang lazimnya aku hanya merempit, sangat sangat 'rare' aku drive ke office. Seandai nya , aku drive time nih sah sah jalan nih memang tidak pernah tidak lengang dari kesesakkan. Tiada lain yang aku teringatkan selepas Allah maha Pencipta.. mereka2 yg menunggu kepulangan ku di rumah.. SYUKUR, Allah masih mahu aku teruskan hidup untuk tambah amal ibadat, berbuat kebaikan dan tunaikan tanggungjawab aku sbagai suami dan papa.

Untuk mereka yg tidak tahu langsung berkenaan dengan 'progress' pembinaan jambatan ini, suka diminta agar tidak cepat melatah dan meroyan mennyebarkan spekulasi spekulasi negatif. Cuba dengan pantas melemparkan tuduhan dan menyalahkan
mana mana pihak dalam tragedi ini. Kita perlu cuba untuk rasional , tolak ketepi segala biyas politik , perkauman, kebencian terhadap mana mana pihak.

Pada pengamatan aku, tapak projek ini memang sedari awal pembinaan nya telah nampak tanda tanda dan faktor bahaya. Mungkin ianya suatu isu 'terlepas pandang' atau mungkin juga ianya sengaja 'dipejamkan' atau mungkin jugak disebabkan 'keterpaksaan'  ,almaklum lah jalan ini 1 dari jalan laluan rutin mereka yg berkerja di FTZ Bayan Lepas/ Batu Maung.
Dari level3 , opis aku..
 Jalan ini memang tidak pernah lengang dengan kenderaan. Yang lagi best, laluan ini juga febret Tanker dan treler sarat kontena dan kargo dari  gudang atau kilang untuk keluar dari pulau.  Kebiasaan nya, bila kita berselisih atau di potong treler2 berat nih kita kan rasa berayun dek libasan angin lintasan nya. tapi disini , yang paling menggerunkan, setiap kali mereka melintasi, tanah dan jalan berdekatan BERGEGAR, dan gegaran tuh boleh kita rasa walau kita berada didalam kereta.
gambar sebelum runtuhan, aku snap mase stuck dlm jem.

boleh ber maghrib di sini, kalau kene hari jumaat dan
jika kontractor tutup 1 drp lane ini..
Jadi, yang cuba aku katakan disini adalah bukan untuk menunding salah sesiapa, tetapi aspek kondisi muka bumi serta sturktur tanah dikawasan ini tidak cukup padat. Memungkinkan binaan jambatan ini menjadi bahaya kerana risiko untuk runtuh sangat tinggi. Struktur binaan tidak kira secanggih mana perkiraan nya, sekuat mana elemen binaan serta kehebatan arkitek mengolah bentuk binaan sedikit pun tidak menjamin kesempurnaan dan keselamatan seandainya 'pasak' dan tapak nya lemah!

Tulis komen anda..

entRi2 seLektif....

frenz Blog updaTe