'Devil Den 2' dan 'Freedom Convoy' yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pelajar Sekolah Basij telah dilancarkan dalam satu majlis Khamis lalu.
'Devil den 2' menyusuri kisah-kisah protokol Israel di mana Brigadier Jeneral Mohammad Saleh Jokar pengerusi sebuah badan yang ada hubungan dengan Kementerian Pendidikan berkata dalam satu majlis, "Regim haram zionis telah menyatakan protokol mereka iaitu menghapuskan semua kepercayaan dan agama".
"Kita telah menyaksikan pengasasan negara haram regim Zionis sudah mulai lemah dan generasi baru kita hendaklah peka dengan protokol regim yang tidak berperi kemanusiaan" tambahnya lagi.
'Freedom Convoy' berkisah tentang serangan Israel terhadap utusan bebas Gaza Flotilla, kata Jokar.
Sejumlah komando Iran termasuk Komandan Basiji Brigadier Mohammadreza Naqdi dan timbalan Komandan ibu pejabat gerak khas Masud Jazayeri telah menghadiri majlis tersebut.
"Kejatuhan penindas adalah kehendak Allah... keyakinan yang besar pada kita ialah tidak ada lagi jejak Zionis dalam masa 15 tahun lagi" kata Naqvi.
Menurut beliau regim Zionis akan dikategorikan dalam golongan regim Soviet dan apartheid Afrika Selatan yang jatuh beberapa tahun yang lampau.
"Tidak diragukan, Israel dan Amerika adalah musuh kita. Mereka mempunya cara yang halus dan kasar, namun permainan cara halus telah dimasukkan dalam pendidikan agama dan kebangkitan revolusi Islam" kata Jazayeri.
Katanya game yang telah diterbitkan telah dibina untuk menukar selera pengguna yang selama ini hanya mandapati game dari Amerika dan Israel yang berlambak di pasaran.
Iran merancang ingin menerbitkan lagi enam versi sambungan game 'Devil Den' yang kali pertamanya telah dilancarkan pada tahun 2009.
'Devil Den' 1 memutarkan kisah pelajar cemerlang Iran telah diculik oleh tentera Amerika ketika menziarahi Karbala. Mereka kemudian telah diserahkan kepada Israel dan dilatih menjadi tentera Israel. Salah seorang pelajar itu cuba melarikan diri dan ingin menyelamatkan yang lain.
Sejumlah besar game ini telah diedarkan percuma kepada penunjuk perasaan di hari al-Quds
Tulis komen anda..
Post a Comment