Showing posts with label antenna. Show all posts
Showing posts with label antenna. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Antenna J-Pole / Slim Jim

Memandangkan aktiviti harian dicemburui waktu, buat semetara waktu ini sahaja lokasi ter-strategik  dan paling senang untuk mendirikan antenna J-Pole / Slim Jim buatan sendiri ini.

Kedudukan ini dikhuatiri akan menggangu  keupayaan Pancaran dan Penerimaan  Tx/Rx dimana kadar SWR yang sudah ditala kepada 1.1 pada 145.000 - 148.000 akan terganggu kerana jaraknya yang terlalu dekat dengan pagar anjung yang diperbuat dari besi. SWR yang tinggi akan membuatkan radas cepat panas. 

Jika berkelapangan ianya akan dipindahkan ke 'roof top' kelak.



Wednesday, 3 July 2013

RJ58 fitting dan Tapak Mobile antenna

Aktiviti pada hujung minggu lepas.
Kali ini pemasangan tapak mobile antenna dan cable RJ58 pada sebuah MPV.
Owner request pasang kat belakang
Kedudukan tapak dari luar bonet


Seterusnya fitting dan routing cable RJ58.

Saya memilih untuk tidak melakukan sebarang proses menebuk atau men 'cedera`kan mana mana bahagian kereta kerana sayang kereta baru. Walaupun owner tidak kisah untuk dilakukan sekiranya memang perlu. Sedikit masa saya ambil untuk dapatkan idea.
dis mental tail light 
routing..
turun ker taillight housing..  pusing kedudukan cable entry kebawah..
Pada bonet kedudukan bawah spoiler terdapt suatu kepingan plastik yang saya sendiri tidak pasti kegunaan nya. Tetapi terdapat ruang yang membolehkan cable terselit kemas disitu seterusnya turun ke tail light housing sebelah kanan.

Getah penutup wayar lampu juga tidak dipotong, hanya dibuka untuk laluan RJ58 kemudian ditutup kembali. RJ58 hendaklah dipusing kebawah entry nya untuk mengelakkan lelehan air hujan masuk ke ruang chasis.


Setelah RJ58 berjaya di route ke dalam ruangan bonet, pasang kembali tail light ke tempat asalnya dan pastikan tiada wayar yg tersepit antara lampu dan chasis. Rounting dan fitting RJ58 boleh mengikut kretiviti masing masing mengikut panjang cable anda dan juga keadaan interior kereta anda. Selamat mencuba.

Thursday, 2 December 2010

Info : 6% Tax untuk pelanggan Astro start Januari 2011.

Keputusan dalam Bajet 2011 minggu lepas. Apa pendapat anda tentang perkara ini?
. Kita nak makan KFC, MCD, Pizza pun ada 5% tax
. Rokok pun ada tax
. Cuma cukai untuk satelit TV ni je inia tgk baru diperkenalkan pada rakyat Malaysia .
gambo ihsan googLe
lebih dua minggu pembentangan bajet 2011 telah dibuat. Tetapi banyak benda yang perlu kita kupasi, teliti dan juga fahami betul-betul kerana ada benda yang berkait rapat dengan kita dan ada juga yang tidak
Apa yang saya nak cerita kat sini ialah cadangan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak 6% ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar (Astro). Apakah implikasi ke atas pengguna, Astro dan juga Kerajaan.


. Pengguna
gambo ehsan googLe
Of course pengguna akan membayar lebih iaitu pada kadar 6% setiap kali dapat bil. So let say, jika bil paling murah (basic) iaitu RM37.95 so campur 6% jumlahnya RM40.25 (naik RM2.30) so kalau yang RM100 naiklah RM6. Jangan risau bak kata sesetengah orang, ianya masih murah kan , bukan saya yang cakap.
Kalau average RM82 sebulan, dalam setahun cukai perkhidmatan yang akan dibayar oleh pengguna adalahRM59


. Astro
Kemungkinan, jumlah yang sedang melanggan dan baru nak melanggan akan berkurangan tapi pada hemat saya ianya tidak memberi kesan yang besar, or tak beza pun jumlah pelanggan


. Kerajaan
Ini yang kita nak tahu berapa agaknya jumlah cukai yang bakal dipunggut oleh Kerajaan hasil daripada pengenalan tax ni. Mengikut Astro, jumlah pengguna di Malaysia adalah seramai 2.93 juta as at 31/1/10 dan purata revenue setiap pengguna adalah RM82 so dalam setahun, pengguna Astro membayar RM2.88 billion dan jika tax sebanyak 6% dikenakan, pendapatan kasar Kerajaan adalah RM173 juta setahun.
So itulah financial impact setelah pengenalan cukai perkhidmatan ke atas pengguna Astro nanti. Sama-sama le menyumbang untuk pembangunan negara.

--
kesimpulan nyer, hiburan nih suatu keinginan, tapi informasi suatu keperLuan...
banyak lagi alternatif dan option utk dpt kan nyer.. so pikir2 kan....


p/S:  Jom!! pasang paraboLa plak.. blasah sumer channeL.. hehehehe....

rGdz,