Sunday 22 March 2015

and the Journey`s begin..


Rumah pasang siap untuk mangsa banJir Kelantan oleh Tsu Zhi

Minggu sudah terlibat dengan projek sukarela,
Pemasangan rumah pasangSiap/ kediaman sementara untuk mangsa manga banjir di Kelantan baru baru ini.
Projek ini mesasarkan sejumlah 300 buah rumah, melibatkan pemasangan bahagian2 penting seperti rangka bumbung, bingkai pintu dan tingkap yang kemudian nya akan dicantum menjadi sebuah rumah siap apabila sampai destinasi kelak.
Binaan rumah ini terdiri daripada Besi aluminuium campuran sebagai binaan asas. Diikuti dengan jenis kepingan plastik sama seperti bahang untuk membuat papan iklan  sebagai dinding rumah.

Secara asa nya , setiap unit rumah ini mempunyai 1 unit pintu utama, 2 ruang bilik , 4 tingkap, 3 pintu sliding untuk 2 bilik dan pintu belakang.


 

  


 

 



Sunday 2 November 2014

Fog lamp Myvi with 9006 bulb

Penggantian bulb pada foglamp myvi yang menggunakan bulb jenis 9006.
Namun terdapat sedikit masalah dimana design male soket terdapat 'lock' yang menyebabkan ianya tidak boleh dipadankan pada socket wiring asal.

Monday 27 October 2014

Perodua Myvi Bumper Swap (facelift conversion)

Pencarian bumper model ini telah bermula seawal tahun lepas. Oleh kerana harga untuk sebuah 1 unit bumper original bodi  beserta fog lamp KoiTTo sangat2 tidak menepati budget, ditambah pula dengan susah untuk bertemu dengan warna asal perodua ini iaitu Ivory White.

Penantian berakhir jugak, ade rezeki budak nak juaL murah2 dengan kondisi cemerlang walaupun tidak superB. hehe..  Jadi nya baki cuti hari Ahad digunakan untuk memasang bumper myVi SE II nih pada my model tahun 2010.

Rajah dibawah menunjukkan point-point dimana clip clip dan bolt bumper  perlu dibuka sebelom boleh kita memisahkan bumper dari frame hadapan.

* Clip - clip plastik bumper boleh dicungkil dengan menggunakan pemutar skru leper bersaiz kecil.
* Bolt size 10 - (Fog lamp perlu ditanggalkan terlebih dahulu) dan perlu menggunakan spanar T atau richet kerana kedudukan nya yang kedalam (di belakang foglamp.)
* Socket fogLamp kiri dan kanan - Pastikan ditanggalkan terlebih dahulu sebelum menarik keluar bumper dari frame hadapan.

(sila klik pada gambar untuk pembesaran)

Bumper yang telah dibuka 


Pasang bumper baru SE II tadi, mulakan dengan mengunci clip2 dibahagian frame atas terlebih dahulu untuk mengelakkan ia jatuh





Monday 20 October 2014

Di Kelong Cikgu Mat Noor, PuLau Aman



Ke puLau Aman kite kali ini dengan geng V34 Angler. 
Trip kaLi nih dianjur oLeh Cikgu sebagai ketua rombongan. Aktiviti memancing, santai , makan dan bermalam di atas kelong. 
Destinasi kaLi ini, Kelong Cikgu Mat Noor, juga rakan HAM -9w2MNP. 
Mengikut info dari Cikgu, Kelong nih milik  cikgu Mat Noor. Beliau juga memiliki bot untuk menjemput para pengunjung ke Kelong nya.
Cikgu Mat Noor juga menyediakan chalet dan jugak kem untuk tujuan aktiviti ''TeamBuilding''

Yang berminat boleh berhubung terus dengan beliau di taLian 011 1212 3367 untuk sebarang urusan tempahan dan trip.