AssaLam.. Entry kaLi nih,,
Kita nak pasang port USB charger jenis yang boleh 'fit' di ruang panel suis tambahan pada dashboard console Toyota.
USB nih so far hanya dijual di 1 kedai sahaja di area Bukit Mertajam dengan bantuan info dari rakan mukaBuku.
Rekabentuk nya sememangnya dibuat supaya sepadan dengan mana2 lubang suis tambahan model toyota.
Penulis juga telah memasang unit yang sama di dashboard Myvi, dan ternyata ia sepadan.
Unit USB charger ini didatangkan dengan:
- 2 'port' beserta dengan LED indicator biru.
- 1 unit penyambung dengan Fius keselamatan.
Proses pemasangan dimulakan dengan membuka panel bawah seperti dalam gamba.
Cara nak buka:
i. Buka dan pisahkan 'GloveBox' disebelah penumpang.
ii. Hulurkan tangan dan cuba tolak pin-pin hingga panel longgar terkeluar sedikit.
iii. Bila dah nampak ruang ,boleh mula tarik panel tersebut dari depan perlahan-lahan.
iv. Pisahkan semua socket pada panel Cigar, Pemanas cermin, Socket kuasa tambahan (toyota hilux sahaja)
v. Pilih mana-mana ruang kosong suis, dan tanggalkan penutupnya. kemudian pasangkan USB charger,
vi. Tolak perlahan lahan(panah Merah) hingga pin sesendal(panah kuning) nya melekat kemas dibahagian belakang panel.
Penulis mengambil sumber kuasa untuk unit USB ini dari pada 'Cigar'. Silarujuk gambarajah dibawah untuk penyambungan (Untuk pemilik Toyota Hilux)
Apabila semua sambungan selesai, terlebih dahulu menguji unit USB tersebut sebelum memasang kembali panel suis tersebut. Apabila kunci dipusing kepada ACC dan indicator biru menyala, bermakna sambungan anda telah sempurna dan betul.
kemudian pasangkan kembali panel ke tempat asalnya.
Untuk mereka yang nak teringin untuk DIY, selamat mencuba..
Sekiang..
1 Komen..:
Salam tuan boleh dapatkan alamat kedai yang jual usb charger ni.
Post a Comment
tenKiu utk komeng2 deme semua....