Penantian berakhir jugak, ade rezeki budak nak juaL murah2 dengan kondisi cemerlang walaupun tidak superB. hehe.. Jadi nya baki cuti hari Ahad digunakan untuk memasang bumper myVi SE II nih pada my model tahun 2010.
Rajah dibawah menunjukkan point-point dimana clip clip dan bolt bumper perlu dibuka sebelom boleh kita memisahkan bumper dari frame hadapan.
* Clip - clip plastik bumper boleh dicungkil dengan menggunakan pemutar skru leper bersaiz kecil.
* Bolt size 10 - (Fog lamp perlu ditanggalkan terlebih dahulu) dan perlu menggunakan spanar T atau richet kerana kedudukan nya yang kedalam (di belakang foglamp.)
* Socket fogLamp kiri dan kanan - Pastikan ditanggalkan terlebih dahulu sebelum menarik keluar bumper dari frame hadapan.
(sila klik pada gambar untuk pembesaran)
Bumper yang telah dibuka
Pasang bumper baru SE II tadi, mulakan dengan mengunci clip2 dibahagian frame atas terlebih dahulu untuk mengelakkan ia jatuh