Laluan aku balik dari kerja( flyOver Jambatan ke-2 penang) setiap hari ini,suatu masa pasti akan ada malapetaka. Harap tidak disalahertikan kerana Aku tetap percaya kepada ketentuanNya. Akan Tetapi, aku berminat
untuk merenung, ANDAIKATA hari ini aku sedikit lambat beberepa minit clock-out dari office, dan 'timing' runtuhan kene pada ketika aku meluru masuk dibawah 'fly-over' ini. Memang lazimnya aku hanya merempit, sangat sangat 'rare' aku drive ke office. Seandai nya , aku drive time nih sah sah jalan nih memang tidak pernah tidak lengang dari kesesakkan. Tiada lain yang aku teringatkan selepas Allah maha Pencipta.. mereka2 yg menunggu kepulangan ku di rumah.. SYUKUR, Allah masih mahu aku teruskan hidup untuk tambah amal ibadat, berbuat kebaikan dan tunaikan tanggungjawab aku sbagai suami dan papa.
Untuk mereka yg tidak tahu langsung berkenaan dengan 'progress' pembinaan jambatan ini, suka diminta agar tidak cepat melatah dan meroyan mennyebarkan spekulasi spekulasi negatif. Cuba dengan pantas melemparkan tuduhan dan menyalahkan
mana mana pihak dalam tragedi ini. Kita perlu cuba untuk rasional , tolak ketepi segala biyas politik , perkauman, kebencian terhadap mana mana pihak.
Pada pengamatan aku, tapak projek ini memang sedari awal pembinaan nya telah nampak tanda tanda dan faktor bahaya. Mungkin ianya suatu isu 'terlepas pandang' atau mungkin juga ianya sengaja 'dipejamkan' atau mungkin jugak disebabkan 'keterpaksaan' ,almaklum lah jalan ini 1 dari jalan laluan rutin mereka yg berkerja di FTZ Bayan Lepas/ Batu Maung.
Dari level3 , opis aku.. |
gambar sebelum runtuhan, aku snap mase stuck dlm jem. |
boleh ber maghrib di sini, kalau kene hari jumaat dan jika kontractor tutup 1 drp lane ini.. |