just nak kongsikan cara nak tambah ketahanan punca sambungan kuasa yang selalu digunapakai di luar rumah/ (outdoor usage). Tapak atau sarang asal ini sudah perlu ditukar kerana dah terlalu lama berkhidmat, dan ade sesetengah bahagian nya sudah mula retak dan pecah.
Memandangkan saya kerap kali memerlukan punca kuasa ketika melakukan aktiviti diluar rumah, saya cuba fikirkan bagaimana untuk tambah baik alat ini sepaya lebih tahan lasak ketika diseret kesana kemari tanpa perlu risau akan rosak jika terhantuk atau terhentak kuat.
Lazim nya untuk kegunaa luar, mestilah memerlukan wayar yang lebih kasar supaya tidak muda luka jika terkena sebarang objek ketika diseret diluar. Dan saiz wayar ini juga bertujuan untuk pelindungan dari power surge.
Saya memilih tapak kaki/alas meja berukuran 30mmX30mm yang diperbuat daripada getah untuk dipadankan pada setiap bucu sambungan kuasa sebagai "bumper" ..hehe
Cara:
4pcs kaki getah meja tadi dipotong secara menyerong 45°. menjadi 8 bahagian (cukup untuk 8 penjuru sambungan kuasa.
Untuk melekatkan "bumper" getah tadi, anda boleh memilih mana2 pelekat yang difikirkan sesuai dan asalkan ia tidak mudah lekang.
Saya memilih untuk menggunakan skru bersaiz 5mm pada setiap penjuru. Ukuran yang selamat dan tidak akan tembus hingga menyebabkan kecederaan wayar didalan sarang sambungan kuasa.
Keadaan sambungan punca kuasa yang telah siap dipasangkan dengan ''bumper'' getah.. Tidak lah sehensem mana, tapi asalkan tahan lasak dan sesuai utk 'outdoor' power supply. |
Sekiang..
ahGee,
..
Tulis komen anda..
Post a Comment
tenKiu utk komeng2 deme semua....