''BERITA HARIAN 2010/08/26
Model gantian Waja dilancar selepas raya
Oleh Ahmad Farizal Hajat
95 peratus reka bentuk dalaman Lancer Fortis (Lancer GT) kekal
PROTON Holdings Bhd akan membuat pra pelancaran serta membuka tempahan bagi model gantian Waja yang dibangunkan berdasarkan kepada Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, selepas Aidilfitri ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pelancaran model itu adalah sebahagian program penggantian semua model lama PROTON, sejajar rancangan pemulihan perniagaannya. Fasa pandu uji model gantian Waja di kilang PROTON dan di atas jalan raya sudah selesai baru-baru ini dan ia menghasilkan maklum balas sangat positif. Justeru, kami akan memasuki fasa pengenalannya ke pasaran atau prapelancarannya selepas Aidilfitri nanti, katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Jalan Raya dan Tempat Kerja di Kilang Proton, Shah Alam, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR), Datuk Suret Singh.
Sementara itu, Berita Harian difahamkan, model gantian Waja itu mengekalkan 95 peratus reka bentuk luaran dan dalaman Lancer Fortis, tetapi menampilkan perbezaan ketara bahagian luaran.
Model gantian waja itu dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual); RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter. Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga atas jalan tanpa insurans pada RM120,598.10 seunit.
sedikit bicara teknikaL yg xseberapa...
skang pegi memane org sibuk cakap pasaL modeL gantian waja,Lancer Inspira OPs!! siLap, Proton Inspira.. ade yg sibuk2 nak gi tempah,nak bayo donpemengg.. ade yg bincang wakaf,mane lgih baloi antara lancer GT n Proton Inspira nih..
ModeL gantian Waja yang dibangunkan berdasarkan kepada Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan!!. (kat sini ade skit kekeliruan, dah nama pun tiru,nak pertingkat ape lagih.. ofkoz lahh,downgrade baru bleh jual murah skit... ekkekkeekeke)
budak opis mr Gee pun dah ade yg tempah, kater nyer,raye cina baru dpt kete. dengan harga 80xxx. huhuhu utk model enjin 1.8cc jer.. hehehhehhe....
so biler di pikir2kan baLik, kalu beza 10-20K utk dpt lagih 5% originaL spec mitsubishi dan 0.2cc. mane lagih lagi berbaloi?
mrGee nak mintak pendapat geng Blogger tentang ini..
inspira |
Lancer GT / Fortis |
Evo X |
isk.. hensem nyer.. biLer nak bleh pakai nih.. Naper lah proton xnak kuar modeL yg ''dipertingkatkan'' dari modeL evo X nih.. pastu juaL rege 90-100K utk dpt turbo charged,4wd, brembo front/rear,aLuminium bonet,wide fender/body,recaro, 18'' rim... hehehehe..
3 Comments:
nak beli saya xmampu...pakai jela persona je huhuhu..
for me, ok ape inspira ni.. org malaysia gak yg suke kete international n kutuk campro giler2.. so this time proton bwk lah masuk model lancer Mitsubishi sebijik ni.. cume die tukarkan dengan Lotus Handling exp je. yang lain still exact terutama part engine.. ape lagi yg Malaysia nak, beli jelah.. kalo nak tkr logo n kit Lancer GT pun bkn orang prasan at first look..
Ni pun first time Malaysi copy exact Mitsubishi model.. before this mcm wira line sume based on Mitsubishi Lancer je. Tp mende ni bkn nye pelik pun kat Malaysia ni, kalo tgk kat Perodua sendiri, model2 kete dorang bkn ori Malaysia design pun tp exact copy kete Daihatsu so who can tell kan beli jgk n top seller jgk..
@Han
pesona pun ok aper...
@mizi
yeah!! kaLu cam tuh.. proton bleh terus mem 'based''line' kan model repLacement dan dan modeL yg akan dtg.. kemudian juaL kat warga mesia... ngeeee...
mmg kene sgt ngan dasar otomotif negara.. hehehhee...
kalu nak citer pasaL sale achivement.. mmg lahh modeL copy akan jadi top saLe(kene tengok gak level majoriti taraf hidup local ).. pilihan utk amik modeL ori dr luar dah 'disekat' dengan cukai yg tersangat lah 'berpatutan'.. menarik bukan..?
so kaLau betul nak saLin modeL.. kenapa tidak betuL2 hanya disaLin logo sahaja, yg lain maintain spec asaL.. baru fairSquare... bagi rakyat sendiri menikmati 100% ciri sebenar sesuatu model itu dengan 'local price tag'!! amacam!!?
Post a Comment
tenKiu utk komeng2 deme semua....